Nasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan saja condong ke dulang, Saya tak mahu condong ke desa; Biar saya berputih tulang, Saya tak mahu berputih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Batang mengkudu tepi telaga, Putik sebiji tak juga besar; Abang menunggu berputih mata, Adik dinanti tak ada khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu menteri berkain sarung, Kaki terantuk ke tepi meja; Begitu isteri bermain serong, Laki terduduk berputih mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sudah bermukim di Negeri China, Kapal berlabuh di Tanjung Bata; Tuan semua sudah dipunya, Saya ini berputih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna angin bertiup, Kalau tak ribut gegak gempita; Apalah guna kita nan hidup, Kalau sama berputih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |