| Banyak kelawar terbang petang, Singgah makan bunga durian; Banyak bersabar jadi perangsang, Besarkan anak jadi pahlawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
| Bakul besar berisi pulut, Pulut hitam dibuat tapai; Lama bersabar hatiku hanyut, Siang malam badan meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Jalur Gemilang mengah berkibar, Kereta dipakai belum disedia; Sebagai isteri banyak bersabar, Pelita hidup keluarga bahagia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Api tungku nyalanya besar, Bila bertanak masaklah bekal; Hati rindu bawa bersabar, Bila tidak rosaklah akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bagaimana kita hendak belayar, Ombak besar memecah tebing; Bagaimana hamba hendak bersabar, Kudengar abang sudah berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bagaimana orang hendak belayar, Kemudi rosak kena gelombang; Bagaimana abang hendak bersabar, Janjimu tidak dapat dipegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sungguh elok berbatang lebar, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bersabar, Tidak nampak susah hidupnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tiap mudik perahu layar, Ramailah orang membeli hambal; Kuharap adik mahu bersabar, Menanti abang mencari bekal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Telah lama orang belayar, Perahu kolek laju meluncur; Sudah lama abang bersabar, Menunggu adik mahu menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |