Yang bergalah digalahkan juga, Yang belayar dilayarkan pula; Yang bersalah disalahkan juga, Yang benar dibenarkan pula. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kaalau bergalah tepatlah tepat, Supaya sampah tidak terdangkut; Kalau bersalah bertaubatlah cepat, Supaya badan tidak melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kita tidak bergalah, Jangan takut membentang kajang; Kalau kita tidak bersalah, Jangan takut ditentang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pasang naik orang menjala, Walau lelah ia teruskan; Orang baik pantang mencela, Kalau bersalah ia luruskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |