Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sam.but] | برسمبوت

Definisi : 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sam.but] | برسمبوت

Definisi : mendapat ba­lasan; ada yg menerima (menjawab dsb); berjawab; berbalas: Segala soalan kita telah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api dari seberang, Dibawa angin ke tengah laut; Hasrat hati memetik kembang, Rupanya kasih tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Behan berat kaki pun goyang, Rasanya letih menggoyah lutut; Badan penat hati pun bimbang, Kerana kasih tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas