Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sam.pan] | برسمڤن

Definisi : menaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sam.pan] | برسمڤن

Definisi : menaiki sampan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampan (kata nama)
Bersinonim dengan sambuk, perahu, kolek, kayak, kanu;,
Kata Terbitan : bersampan,

Puisi
 

Yang seorang tidak bersampan,
     Sampan ada tebing seberang;
Hendak berkawan tidak berkawan,
     Kawan sudah diambil orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Orang bersampan awak bersampan, Siapa berlayar siap berenang; Orang jantan awak pun jantan, Siapa benar siapa nan menang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau bersampan tak ada bekal, Di tengah laut terang kebulur; Kalau beriman tak ada beramal, Susah mengikut ke liang kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat bersampan mahu berdayung, Adat membelat mahu berbasah; Adat berkawan mahu menolong, Adat bersahabat mahu bersusah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah orang hilir bersampan, Mencari udang di tokoh pulau; Banyaklah abang memberi harapan, Pagi dan petang hatiku risau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Basah kuyup orang bersampan. Muka pucat badan pun letih; Susah hidup abang tahankan, Mengapa takut memadu kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang seorang tidak bersampan, Sampan ada tebing seberang; Hendak berkawan tidak berkawan, Kawan sudah diambil orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu pagi kabut pun reda, Hendak bersampan laut berombak; Mahu berhenti takut ke janda, Hendak berjalan lututlah bengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas