Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tegak adat rakyat pun damai, Pemimpin tegak bersanding bahu; Rosak adat rakyat berkecai, Pemimpin bengak rakyat berseteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Perahu Keling berjala getah, Supaya laris murahlah harga; Baru bersanding selera patah, Disangka gadis rupanya janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Menumbuk emping kita dahulu, Buat pengisi katang-katang; Duduk bersanding kita dahulu, Sambil menunggu kadi datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Belum berdinding rumah ditunggu, Tentulah kena hujan dan angin; Belum bersanding sudah mencumbu, Tentulah hamba mencari yang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Susahlah hati menumbuk emping, Dedaknya miang banyak berantah; Susahlah hati duduk bersanding, Anaknya dipinang emak yang nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tenuk menyepak kambing, Anak musang memberi nasihat; Awaklah bongkok tegak bersanding, Banyaklah orang memberi tongkat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daripada duduk asyik berunding, Eloklah mencari makanan puyuh; Daripada menengiok adik bersanding, Eloklah pergi berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Susahlah hati bermain gundu, Baru bertanding awak terkilir; Susahlah hati pengantin baru, Baru bersanding anaklah lahir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |