Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sang.kut] | برسڠکوت

Definisi : 1. bergantung, berpaut, ber­pegang: ilmu yg menjadi tempat ~ keper-cayaanku; 2. = bersangkutan ber­sangkut paut: sifat mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerja-an yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; 3. = bersangkutan terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besar-besar yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sang.kut] | برسڠکوت

Definisi : 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pergi ke mana tidak kuikat,
     Pandan bersangkut dengan durinya;
Pergi ke mana tidak kuingat,
     Tuan yang baik samalah budinya.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Sapu tangan bersangkut mata, Takut besi dimakan api; Bunga di tangan apa disuka, Luka di hati dibawa mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke mana tidak kuikat, Pandan bersangkut dengan durinya; Pergi ke mana tidak kuingat, Tuan yang baik samalah budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak ikan bernama todak, Mati puput ditelan tenggiri; Sakitnya tuan dilambung ombak, Nyawa bersangkut di sauh besi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas