| Adat berkawan seiring jalan, Adat bersaudara seia sekata; Adat sejalan pantang melendan, Adat sekata berpantang dusta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat berbicara berhalus-halus, Adat bermuafakat berhemat cermat; Adat bersaudara berlurus-lurus, Adat berkerabat ingat-mengingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bila selera sudah patah, Lauk terhidang makan tak mahu; Bila bersaudara salah-menyalah, Ditengok orang awak kan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Alangkah elok si bunga melur, Baunya harum menyejukkan hati; Memanglah elok bersaudara akur, Semakan seminum sehidup semati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Adat resam kata orang, Bergaul dengan berbaik sangka; Adat faham lembaga terang, Betul berkawan baik bersaudara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |