Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.yap] | برسايڤ

Definisi : mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersayap

Puisi
 

Anak kumbang terayap-rayap,
     Mari ditangkap anak Turki;
Hendak terbang tiada bersayap,
     Hendak hinggap tiada berkaki.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kata adat kata bersayap, Digulung kecil dibentang Iebar; Kita seadat sesama seadab, Bertudung adil bertiang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cancang rebung saya kunyiti, Anak sembilang terayap-rayap; Tantang gunung saya tangisi, Akan terbang tidak bersayap.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang seberang mematah paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang nakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas