Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.gi] | برس-ݢي

Definisi : ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.gi] | برس-ݢي

Definisi : ada seginya: Tiangnya ~ empat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Sapu tangan bersegi empat,
     Lalu ditinggal batu empat;
Luka di tangan dapat diubat,
     Luka di hati siapa melihat.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Betung bulat tak bersegi,
     pipit jantan tak bersarang.

Bermaksud :

Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Tiang rumah bersegi empat, Sudah berdiri sebulan penuh; Abang sudah berjanji erat, Mengapa kini berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sapu tangan bersegi empat, Lalu ditinggal batu empat; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa melihat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kepiting di negeri Jawa, Buluh bersegi di atas atap; Ikan kering habis tertawa, Anak tupai baca kitab.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa tanda batang putat, Batang putat bersegi buahnya; Apa tandanya orang beradat, Orang beradat tinggi maruahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa tanda baling putat, Buahnya kecil bersegi-segi; Apa tanda orang beradat, Pada yang adil ia berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas