Biarkan orang berenang-renang, Kita berenang di dalam basah; Biarkan orang bersenang-senang, Kita bersenang di dalam susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batu bata jalan tak rata, Bersenang-senang di luar anjung, Kata-mengata antara kita, Kalah menang tiada yang untung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hari petang nasi ditanak, Duduk bersama bersenang-senang; Laki temberang bini pembengak, Periuk belanga terbang melayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak kera pindah ke tanjung, Anak lebah bersenang hati; Sejak kepala suka disanjung, Anak buah pun datang memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang batu memanglah malang, Tercampak tidak timbul lagi; Orang berkuku bersenang-lenang, Anak-beranak berbagi rezeki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Banyak orang berenang-renang, Sudah lupa berjalan darat; Banyak orang bersenang-senang, Sudah lupa jalan akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sisiknya berlendir-lendir, Renang berenang tiada henti; Pantun kami sindir-menyindir, Kan bersenang-senang hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Husin pergi ke kota, Sampai ke kota membeli barang; Orang miskin hidup menderita, Orang kaya bersenang-lenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |