Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : , bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu bersendi syarak, Syarak bersendi ke kitabullah; Adat Melayu pantang dianjak, Dianjak sekali tentu menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Syarak bersendi ke kitabullah, Ditudung payung sunah nabi; Dianjak sekali tentu menyalah, Binasa kampung rosaklah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan sunah tempat bersandar; Tanda umat berbudi akhlak, Berjalan pada tempat yang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Meminta kaji pada yang alim; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali berlaku zalim.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Ajaran berisi akidah Islam; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petuah ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Luar malam jadi teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petua ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Taat setia ke ibu bapa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang semena-mena; Tanda umat berbudi akhlak, Sifatnya pandang mengada-ada.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas