| Jatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak gagak terbangnya petang, Bulu berserak dipukul ribut; Awak hendak orang membelakang, Malunya tidak boleh disebut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Putik pauh lempar berdengung, Jatuh berserak di dalam padi; Dari jauh adinda tersenyum, Apakah hajat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Buluh betung berdengung-dengung, Ditebang terguling serak-berserak; Sungguh beruntung orang nan bingung, Orang berunding awak terberak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Terbuang sapu ikat terputus, Ikat putus lidi berserak; Terbuang Melayu adat terhapus, Adat terhapus negeri rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sejak benalu melilit ranting, Bunga pun gugur jatuh berserak; Sejak kutahu adik berpaling, Hatiku hancur fikiran kemak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anak berserak bagai terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Jika dayung tidak kuat, Sekali rengkuh patah berderak; Jika kampung tidak beradat, Negeri rusuh umat berserak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |