Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bertabur ke merata-rata tempat; bercerai-ce­rai tidak menentu; bersepah-sepah: Buku-­buku bacaannya ~ di atas lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serak (adjektif)
Bersinonim dengan parau, garau.,
Kata Terbitan : serak2, berserak, berselerak, menyerak,

Puisi
 

Putik pauh lempar berdengung,
     Jatuh berserak di dalam padi;
Dari jauh adinda tersenyum,
     Apakah hajat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Jatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbangnya petang, Bulu berserak dipukul ribut; Awak hendak orang membelakang, Malunya tidak boleh disebut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putik pauh lempar berdengung, Jatuh berserak di dalam padi; Dari jauh adinda tersenyum, Apakah hajat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Buluh betung berdengung-dengung, Ditebang terguling serak-berserak; Sungguh beruntung orang nan bingung, Orang berunding awak terberak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Terbuang sapu ikat terputus, Ikat putus lidi berserak; Terbuang Melayu adat terhapus, Adat terhapus negeri rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sejak benalu melilit ranting, Bunga pun gugur jatuh berserak; Sejak kutahu adik berpaling, Hatiku hancur fikiran kemak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anak berserak bagai terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jika dayung tidak kuat, Sekali rengkuh patah berderak; Jika kampung tidak beradat, Negeri rusuh umat berserak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas