| Kata adat bertepat-tepat, Tanda tepat halus tuturnya; Mata melihat bersifat-sifat, Tanda bersifat lurus alurnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang beradat bersifat bijak, Tahu membaca tanda alamat; Membuang adat umat kan rosak, Malu menimpa aib mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Ambillah kayu buatlah dapur, Dapur dipakai tempat memasak; Ambillah guru bersifat jujur, Jujur perangai selamat awak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Banyaklah orang mengerat halia, Campak halia dikerat empat; Banyaklah orang bersifat mulia, Tidak semulia Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Galah bukan sebarang galah, Galah pendek buat penyambung; Salah bukan sebarang salah, Salah adik bersifat sombong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau menangguk-nangguk udang, Tangguk dibuat rapat-rapat; Kalau duduk di tempat orang, Duduklah dengan duduk bersifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |