Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersih

Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Berat bersih ribu-ribuan, Berat tembakau tidak ditimbang; Adat berkasih rindu-rinduan, Adat merantau segera pulang.Pantun Melayu SarawakKasih
Sayang puspa putih bersih, Layu dibungkus dalam kertas; Saja rupa saya tak kasih, Dalam hati haram tak lepas.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan diinjak-injak; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlagak-lagak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan campak ke tanah; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan merosak amanah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan debu melekat; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlaku nekad.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kain sudah bersih, Elok disimpan di dalam peti; Kalau pemimpin sudah dipilih, Elok ingatkan sumpah dan janji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tangan-tangan gigi, Belum bersih lagi; Angan-angan tinggi, Belum tamat mengaji.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Kalau menyalin dengan sempurna, Suratnya bersih halamannya terang; Kalau memimpin dengan bijaksana, Rakyatnya kasih Tuhan pun sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sifat jantan gagah berani, Setia teguh berhati bersih; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana keruh menjadi jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas