Naik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Besarlah tikar tempat bersila, Di situ budak memakan sirih; Biarpun lapar melarat pula, Kasihku tidak akan beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bunga pudak tujuh setangkai, Gajah bersila di uratnya; Angin ribut boleh kutangkal, Hati gila apa ubatnya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hanyut rakit berkajang kain, Mana teluk saya bersila; Sakit badan bercerai main, Mana duduk saya bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |