| Carta dibuat bersilang-silang. Mudah dibaca tanpa kanta; Harta bukan milik seorang, Harus dikongsi sesama kita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Burung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Anyam tikar daun pandan, Anyam bersilang rata-rata; Ayam tidur dalam reban, Musang berjaga bersengkang mata. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Ari-ari di balik rumah, Akarnya bersilang-silang; Anak dara duduk di rumah, Janda juga dengan terbilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Keris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kata adat kata terpuji, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat serta sehati, Rosak nama bilang bersilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |