Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sim.bah] | برسيمبه

Definisi : ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dll), di­siah(kan), disingsingkan: ada yg berlari sam­bil ~ kain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sim.bah] | برسيمبه

Definisi : 1. basah (kerana di­sirami air, peluh, dll), kuyup: mukanya kian lama semakin pucat penuh ~ peluh dingin; 2. berlumuran (darah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sim.bah] | برسيمبه

Definisi : basah kerana disirami air dll; kuyup: Badannya ~ peluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simbah
Kata Terbitan : bersimbah, menyimbah, simbahan,


Pantun

PantunSumberTema
Dari pulau menjemur sagu, Petang pergi bersimbah peluh; Hati risau bercampur pilu, Abang pergi bertambah jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Air redang berwarna merah Kerana banyak akar yang mati; Biarpun mati bersimbah darah, Kasihku tidak akan berhenti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak tambi berbaju merah, Mari duduk di muka pintu; Biar di hati bersimbah darah, Asal mendapat orang itu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas