Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.so.pan] | برسوڤن

Definisi : berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.so.pan] | برسوڤن

Definisi : berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat bersopan santun, Sebarang laku berlemah lembut; Membuang adat hilang penonton, Terbuang ilmu negeri pun kusut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bersopan santun sesama umat; Adat faham pusaka terang, Kawan dituntun saudara diingat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda ayam ada berinduk, Sifat serai ada berumpun; Tanda Islam adat dipeluk, Adat dipakai bersopan santun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas