Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.ka] | برسوک

Definisi : bersenang-senang, bergembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersuka

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kuat tertawa koyak bibir.

Bermaksud :

Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Bersuka ria di hari raya, Pakai songkok pakai celana; Jangan terpedaya skim cepat kaya, Modal habis diri merana.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh periang orang bersuling, Pagi dan petang bersuka ria; Sungguh menyayang orang sumbing, Dimarahi orang tertawa juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tabuh gendang bunyi bertalu, Di sana orang bersuka ria; Sungguh malang nasib diriku, Dinda kupinang sudah berpunya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Melayu dua serupa, Turun sekawan waktu pagi; Dari seorang baik berdua, Boleh juga bersuka hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Merpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Duri dibuang sakit pun hilang, Duri dibuang di dalam raga; Adik hendak mengikut abang, Boleh adik bersuka ria.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas