Kain budak bersulam kesuma, Pakai cantik Raja Cina; Puan cantik saya tak gila, Banyak orang dalam dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju biru jahit bersulam, Dipakai anak yatim piatu; Baru dapat gaji semalam, Ceti menunggu di hadapan pintu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau dibentang baju bersulam, Luruh buahnya beri bersemak; Kalau orang mengaku Islam, Turutlah sunah Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok kain kerana bersulam, Sulam dan tekat anak Melayu; Elok pemimpin kerana berfaham, Fahamkan adat serta berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Apa tanda selendang barat, Elok bersulam berbunga lebar; Apa tanda orang beradat, Elok di dalam mulia di luar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jangan dipakai baju berlubang, Pakai bersulam kain pelikat; Jangan dipakai sesudah orang, Sesudah orang merosak kulit. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tidak kerana berhemat, Takkan ada renda bersulam; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Takkan ada agama Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |