Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersungguh

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Bermaksud :

Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(14)

481

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu ada pengayuh, Bila dikayuh sampai ke seberang; Adat Melayu suka bersungguh, Bila bersungguh dipakai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mencari ilmu bersungguh hati, Ilmu yang dapat kita amalkan; Terpuji Melayu patuh ke janji, Di situ tempat kita dimuliakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Berbuat ibadah bersungguh hati; Kuat adat mulia maruah, Sifat semenggah senonoh budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang bersungguh hati; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang menempuh mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pongsu empat tinggal empat, Pongsu tiga tinggal tiga; Aku bersungguh-sungguh tapi tak dapat, Kalau ada kudrat aku nak cuba juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau kumbang terbang menjauh, Tentulah bunga mudah berkembang; Kalau abang memang bersungguh, Janganlah lengah datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Induk siamang jatuh ke kali, Berlumba-lumba yu menyerang; Kutengok abang bersungguh hati, Makanya hamba mahu dipinang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau berjaja perak bersepuh, Jangan dikatakan barang asli; Kalau bekerja tak bersungguh, Jangan diharapkan dapat rezeki.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas