Bukan mudah orang berhelat, Mahu bersusah tahan merugi; Bukan mudah memegang adat, Mahu mengalah tahan dikeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah menjala ikan, Menjala ikan tahan bersusah; Bukan mudah menjaga iman, Menjaga iman dengan ibadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah hendak membeli kain, Belilah kain tahan pelasah; Kalaulah awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin tahan bersusah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat bersampan mahu berdayung, Adat membelat mahu berbasah; Adat berkawan mahu menolong, Adat bersahabat mahu bersusah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Si patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |