Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Dato Patinggi panglima perang, Mati terbunuh di Kuala Skrang; Bertahun kunanti adik kusayang, Baru sekarang wajah kupandang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Biji mentimun dibuat bibit, Sampai musimnya ditanam lagi; Menanti bertahun membuat sakit, Badan merana dendam berahi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ekonomi Negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Buah mentimun di tepi tasik, Habis busuk dimakan belalang; Sudah bertahun kunanti adik, Hatiku remuk bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah mentimun di tepi batang, Saban hari bertambah besar; Sudah bertahun kunanti abang, Sampai kini tak ada khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Selasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau tekun mencari ikan; Risauku bukan sebarang risau, Risau bertahun menanti pesan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |