Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

PantunSumberTema
Sampan bertambah haluan kemudi Hendak dungkal tali bersimpul; Badanlah penat menahan hati, Hendak bercerai anak sebakul.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sampan bertambah depan pelantar, Hendak dipakai tidak berdayung; Badanlah penat menahan sabar, Hendak bercerai awaklah ompong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Andainya hari bertambah cerah, Eloklah cepat menengok ladang; Andainya kaki tersalah langkah, Eloklah cepat berbalik pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila hari bertambah gelap, Nyalakan cepat suluh pelita; Apabila laki tambah menyelap, Minta nasihat pada yang tua.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Angin ribut bertambah ribut, Banyaklah kapal patah kemudi; Ingin diikut belumlah patut, Hendak ditinggal tak sampai hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kerana bayan bertambah garang, Banyaklah pungguk jadi berdendam; Kerana hutan dirambah orang, Banyaklah beruk tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana ikan bertambah marah, Banyaklah udang lari ke darat; Kerana hutan punah dirambah, Banyaklah kijang jadi melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Air keruh bertambah keruh, Musim kemarau semakin panjang: Hatiku rusuh bertambah rusuh, Kerana risau menunggu abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang hari bertambah teduh, Kerana siang hujan berangin; Yang pergi bertambah jauh, Kerana tunangnya sudah kahwin.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910

Kembali ke atas