Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nam] | برتانم

Definisi : 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nam] | برتانم

Definisi : membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Orang Daik bertanam bayam,
     Baik lagi bertanam pegaga;
Carik-carik bulu ayam,
     Lama-lama bercantum juga.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Bertanam tebu di mulut,
     bertanam halia (= peria) di hati.

Bermaksud :

Mulut manis, hati busuk.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Biarkan orang bertanam jadam, Kita selalu bertanam padi; Biarkan orang bertanam dendam, Kita selalu bertanam budi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kekalkan Mak Busu bertanam miak, Bertanam miak di muka pintu; Kekalkan Mak Busu banyak anak, Minta seorang buat biniku.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Biarlah orang bertanam buluh, Kita bertanam padi juga; Biarlah orang bertanam musuh, Kita menanam budi juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa gunanya bertanam sirih, Bila menyemak halaman rumah; Apa gunanya memendam kasih, Bila awak dipandang rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau banyak bertanam puding, Di sana busut di situ kasai; Kalau bijak dalam berunding, Di mana kusut di situ selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pandai-pandai bertanam pisang, Kalau panas carikan tudung; Pandai-pandai berjalan siang, Kalau panas cepat berlindung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
1234

Kembali ke atas