Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tan.dang] | برتاندڠ

Definisi : pergi bertamu ke (kpd, di), ber­kunjung: ia selalu sangat ~ ke rumah orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tan.dang] | برتاندڠ

Definisi : pergi bertamu atau berziarah; berkunjung: Ahmad selalu ~ ke rumah jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandang
Kata Terbitan : bertandang, menandangi,

Puisi
 

Indah-indah bawa bertandang,
     Pucuk pauh kicap manis;
Rindu siang bawa bertandang,
     Rindu malam bawa menangis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai bertandang ke rumah janda.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Orang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Indah-indah bawa bertandang, Pucuk pauh kicap manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belum mandi sudah bertandang, Tentulah muka tidak berseri; Belum berjanji sudah meminang, Tentulah hamba tidak peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari pulau orang bertandang, Membawa sirih dengan cerana; Hatiku risau mabuk kepayang, Kerana kekasih badan merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bawa bekalan bukan sedikit, Hendak bertandang ke rumah Pak Dahlan; Hutan tebal tanah berbukit, Hujan ribut menutup jalan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Zaman kucing memakai serban, Pagi gelap sudah bertandang; Badan buntinglah sampai bulan, Laki menyelap kena pengkelang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila berjalan berkain panjang, Selendang biru jangan lupakan; Apabila puan ingin bertandang, Di ambang pintu hamba nantikan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak endu masak dipanggang, Batang bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Untuk apa orang berladang, Kalau padi patah terinjak; Untuk apa abang bertandang, Kalau janji sudah rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas