| Kalau puting sudah bertangkai, Jangan diberi bertali lagi; Kalau runding sudah disimpai, Jangan diberi baji lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau puting sama bertangkai, Tidakkan bercerai bergolek-golek; Kalau berunding sesama pandai, Gelak berderai timbal balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau putik sudah bertangkai, Jangan dikait-kait juga; Kalau runding sudah selesai, Jangan diungkit-ungkit juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Apa bunga tiada bertangkai, Tanam budak tepi perigi; Sama biasa main di pantai, Haram tak takut berpantang mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Yang bertutur yang berkerat, Yang bertangkai yang dituai; Yang seukur yang sekerat, Yang sesuai yang dipakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Buah putat buah seminai, Buah padi bertangkai lebat; Tuah adat tuah beramai, Tuah menjadi perisai umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Besarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Bentanglah tikar luas-luas, Tempat orang menggiling sikai, Buat ladang luas-luas, Buatkan abang emping bertangkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |