Tarah bertarah kayu dikupak, Di dalam tarah ada batangnya; Semarah-marah ibu dan bapak, Di dalam marah ada sayangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batang delik batang bertarah, Batang keladi manisnya ada; Orang nan cerdik penyambung lidah, Orang berani kan lapis dada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Saya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Aku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |