| Yang bertaubat sama dipuji, Supaya kuat iman di dada; Orang berhelat bergesa pergi, Di sana dapat bermain mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bulan puasa orang bertaubat, Meminta ampun kepada Tuhan; Patah cinta hatiku lumat, Eloklah pergi membawa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang peradang disuruh bertaubat. Supaya yang salah menjadi soleh: Orang penggamang disuruh memanjat. Celananya basah kencing meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Adapun niat yang diniatkan, Dengan bertaubat selamat mati; Adapun adat yang diadatkan, Dengan muafakat dapat diganti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Waktu isyak banyak berdoa, Tegak sembahyang serta bertaubat; Mahu menikam awaklah tua, Hendak membujang tak sampai niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Musim haji orang ke Makkah, Amalam baik sambil bertaubat; Dalam hati abang bersumpah, Menanti adik sampai kiamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Fakir datang dihidang halwa, Manis senyuman budi bahasa; Berzikir bertaubat mententeram jiwa; Sesal badan berbuat dosa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Sungguh elok berbatang lebat, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bertaubat, Hidup tenang tak ada susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sapu bukan sebarang sapu, Sapu dapat menyapu rumah; Mahu bukan sebarang mahu, Mahu bertaubat mengaku salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |