Itik bertelur di tepi sungai, Mata kail tersangkut rebung; Air liur menganak sungai, Mata terbendil perut pun kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ayam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Induk helang baru bertelur, Berjaga-jaga sepanjang hari; Kutengok abang mahu menegur, Makanya hamba datang ke mari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat itik baru bertelur, Hendak digulai tak sampai hati; Teringat adik hatiku hancur, Kasih tak sampai kubawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram; Buah masak tak mahu gugur, Saya menunggu siang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Waktu senja diberi makan, Bertelur sebiji di kebun Pak Tani; Masa remaja disia-siakan, Berhibur ke sana berhibur ke sini. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Jika ikan tak mahu bertelur, Manakan dapat orang memukat; Jika puan tak mahu menegur, Manakan datang abang mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adik jangan berparuh padi, Tuntung bertelur dalam roman; Adik jangan berparuh hati, Untung belum jadi pertemuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ayam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |