Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.teng.kar] | برتڠکر

Definisi : berbantah, berbalah, bercekcok, bertaki, bertikai: dia selalu mendengar emak dgn abangnya ~ pasal adat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.teng.kar] | برتڠکر

Definisi : saling menu­tur­kan sesuatu utk menegakkan ke­benaran masing-masing; berbantah; bertaki: Setelah puas ~, maka pergilah mereka mengadu kpd seorang hakim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengkar
Kata Terbitan : bertengkar, bertengkaran, menengkarkan, mempertengkarkan, pertengkaran,

Peribahasa

Mengadu buku lidah.

Bermaksud :

Bertengkar.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Hiruk-pikuk orang berbantah, Berebut badik sambil bertengkar; Terbongkok-bongkok abang menyembah, Patutkah adik bermain kasar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila helang sudah mencakar, Bila tak mati tentulah luka; Apabila orang suka bertengkar, Ke mana pergi seterunya ada.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Bila terbiar barangnya mati; Buruk negeri lupakan adat, Gila bertengkar petang dan pagi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Rezeki besar ikan berlimpah; Orang beradat berhati lapang, Dari bertengkar biar mengalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau berkitab membaca syair, Banyaklah orang datang mendengar; Kalau bercakap tidak berfikir, Banyaklah orang banyak bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Taat anak ke ibu bapak, Pantang sekali berlaku kasar; Adat tegak tuahnya nampak, Lapang hati malu bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas