Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.pi] | برتڤي

Definisi : mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.pi] | برتڤي

Definisi : ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Peribahasa

Nafsu tidak bertepi.

Bermaksud :

Keinginan hati manusia tidak ada batasnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)

411

The more you have, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Tikar pandan bertepi lurus, Jangan diungkai dirosak lagi; Biarlah badan menjadi kurus, Asalkan sampai kehendak hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagai laut tidak bertepi, Bagai rembang di tengah hari; Dalam sekam ada api, Dalam daging ada duri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Rotan peledas lengkung daun, Dibilah tidak bertepi; Cerai untuk berbebas tahun, Baru semalam masuk mimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ambil kain buangkan baju, Kerana baju tidak bertepi; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku tidak berbudi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Dari Medan naik Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi.Pantun Melayu SarawakUmum
Dari medan naik ke Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi.Pantun Melayu SarawakAsap Api

Kembali ke atas