Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Berjalan-jalan berdua bertiga, Tepi-tepi kayuh perahu; Lautan dalam dapat diduga, Hati manusia siapa tahu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Layang emas terbang bertiga, Mari hinggap di pohon kelapa; Kapal emas sauh suasa, Abang nak minta jadi nakhoda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak punai anak merbah, Terbang bertiga anak helang; Tuan sayang lagi berubah, Kononlah pula di hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Api dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Berapa tinggi Bukit Semambu? Buah manggis bertimang dua; Kami bertiga umpama tebu, Habis manis hampas dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Daging ada berbatang tiga, Orang berjemur di batang padi; Saya hendak kasih bertiga, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |