Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : padi yg digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya: kemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar; spt ~ digoreng = spt ~ direndang bunyi senapang yg tidak berputusan;membertih 1. menjadi bertih: padi sudah mulai ~ di dlm kuali; 2. berbunyi spt bertih digoreng: tembakan yg ~ berlarut-larutan sehingga dinihari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertih I

Puisi
 

Padi pulut padi Melaka,
     Belum direndang bertih dahulu;
Hati perut hati celaka,
     Belum dipandang dah kasih dulu.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Yang bertih direndang, Yang padi ditumbuk; Yang pengasih disayang, Yang berbudi dipeluk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ambil bertih dari hulu, Isi mari di dalam balang; Bersihkan laman kita dahulu, Baru bersihkan halaman orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa gunanya bertih direndang, Bila tidak dapat dimakan; Apa gunanya berkasih sayang, Bila tegak tiada sepadan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh sedap meratah bertih, Sedap sehari lembut dimakan; Sungguh sedap berkopiah putih, Setiap hari dijemput makan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Padi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sampai ke laut gading, Elok diberi bertih kelat; Kalau bertikai dalam berunding, Elok kembali kepada adat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulangKurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa gunanya merendang padi, Bila tak dapat jadi bertih; Apa gunanya memandang kami, Hambar melarat budi tertindih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Itik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas