Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ti.kai] | برتيکاي

Definisi : 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhu­bungan mereka tidak mesra lagi; 3. berten­tangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ti.kai] | برتيکاي

Definisi : 1 tidak sama; berbeza; berlain: Gambar ini ~ benar dgn keadaan yg sebenarnya. 2 tidak bersefahaman; bertengkar; berbantah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikai
Kata Terbitan : bertikai, mempertikaikan, pertikaian,


Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau sampai ke laut gading, Elok diberi bertih kelat; Kalau bertikai dalam berunding, Elok kembali kepada adat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi laku perangai; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu bertikai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat belayar menanti angin, Tidak berangin tidakkan sampai; Adat pembesar berhati dingin, Tidak dingin banyak bertikai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas