Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ti.kam] | برتيکم

Definisi : saling menusuk dgn senjata (spt pisau dll): maka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dgn Raden Kelang; mereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dgn hebat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ti.kam] | برتيکم

Definisi : berkelahi dsb dgn menusukkan senjata. ~ lidah ber­tengkar; berbalah; berdebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertikam

Puisi
 

Sayang kenyalang berbonet bata,
     Baba Siong menjadi kerani;
Alang-alang bertikam mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Selamat mati bertikam, Mati di padang paya buluh; Peganglah amanat dengan pesan; Ada batang cendawan tumbuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Singapura dilanggar todak, Mari bertikam di batang pisang; Orang tua mengasih budak, Bagai bulan dipagar bintang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sayang kenyalang berbonet bata, Baba Siong menjadi kerani; Alang-alang bertikam mata, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wangi sekali minyak nilam, Gunanya untuk bahan ramuan; Laki bini hendak bertikam, Mentua sibuk mencarikan kapan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang bebal suka merengus, Dia bercakap tidak berfaedah; Belum pandai membuang hingus, Sudah hendak bertikam lidah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Laut mengganas diterjang ribut, Banyak pencalang menjadi karam; Mulut terlepas pantang dicabut, Banyaklah orang mati bertikam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas