| Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Tinggi-tinggi si matahari, Sama bertimbang rumah ruang sa; Hilang laki boleh kucari, Hilang anak rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Berapa jauh negeri Limbang, Datanglah burung pulang ke mari; Berapa jauh dudukku bertimbang, Datang juga berkepit jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |