| Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai bertindak adil; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tidak mengganjil. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang memburu pagi hari, Anak rusa lari bertindak; Sungguh bulan payung negeri, Sehari ada sehari tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Apabila di hulu tidak berladang, Ke hilir pula mencari makan; Apabila selalu bertindak curang, Akhirnya semua menjadi lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Pasang surut airnya timpas, Kena tonggak tergalang perahu; Orang patut berfikiran luas, Bila bertindak ditimbang dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Buruk parang dimakan karat, Sekali asah tidakkan tajam; Buruk orang melupakan adat, Hati pemarah bertindak kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata adat, Adat berisi penonton akhlak; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Zaman kini zamannya fitnah, Bila berkata semuanya bengak; Dengan laki janganlah lengah, Bila menyalah segera bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bunga kenangan kembang sekaki, Baru mekar harum semerbak; Tanda orang tua berlapang hati, Berlaku sabar sebelum bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |