Pauh jatuh bertindih-tindih, Jatuh bertindih tidak dipungut; Jauh berhayal mengutip kasih, Kasih tercicir dikutip semut. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kalau hendak melirik dahan, Akar bertindih sudah terentang; Kalau hendak menyejukkan badan, Tikar purih sudah terbentang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Telur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Dua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Itik belang pekaka belang, Turun mandi di tepi pantai; Adik seorang abang seorang, Kita mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |