Angin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai petang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bertiup angin dalam jambangan, Petik bunga kembang melati; Hidup ini rumah tumpangan, Balik kita kepada Rabbulizzati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bertiup angin barat, Ombak besar berhenti dulu; Apabila hidup ingin selamat, Bercakap benar berbudi tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bertiup angin selatan, Segera singgah sampai berhenti; Apabila hidup ingin berkawan, Pelihara lidah pandai berbudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat; Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bertiup angin sakal, Ambil pengayuh mana yang ada; Apabila hidup ingin berbekal, Amalkan seluruh ilmu di dada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin bertiup semakin kencang, Kapal belayar dilanda badai; lngin ku hidup bersama abang, Sayangnya kasih tiada sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Angin bertiup lautan bergelombang, Di tengah lautan kapal berlabuh; Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Doakan sakit segera sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |