Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Mari bertolak darilah Punggul, Mari menuju di muara kami; Hati di mana tidaklah sugul, Melihat seorang anaklah kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tengah hari sampan bertolak, Membawa peti berisi bawang; Hamba ke mari tuan mengelak, Ke mana lagi kasih menumpang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lain perahu lain pencalang, Hendak bertolak perahu sarat; Lain kutuju lain yang datang, Hendak mengelak hatiku berat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walau laut berombak besar, Kerana janji bertolak juga; Walau lutut sudah gementar, Kerana laki dipeluk juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnah | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sencilak burung sencili, Terbang bermain di rumpun halaman; Abang bertolak malam kini, Cari yang lain pengganti badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |