| Limau bertumbuh di tepi tebat, Tanam halia habis layu; Harimau mengambur serta melompat, Habis kera panjat kayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Orang meminang puteri tujuh, Ambil air cucikan kaki; Benih muda kalau bertumbuh, Pucuknya hijau cabangnya mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Tumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |