Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tunang (kata nama)
Bersinonim dengan tunangan, bakal suami, bakal isteri, kekasih, teman, jodoh, pasangan, pacangan;,
Kata Terbitan : bertunang, menunangkan, mempertunangkan,

Puisi
 

Koyak pinang jangan dikupas,
     Kalau dikupas menjadi semilu;
Orang bertunang jangan dilepas,
     Kalau lepas mendapat malu.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Balai Cik Wan kecil, Bentuk panjang lima; Bertunang dari kecil, Menikah bulan lima.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Belum tegang sudah mengendur, Manakan bisa tegak berdiri; Belum bertunang sudah mengatur, Manakan hamba ambil peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rebah tiang robohlah rumah, Manakan dapat dihuni lagi; Sudah bertunang barulah singgah, Manakan dapat kami berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Koyak pinang jangan dikupas, Kalau dikupas menjadi semilu; Orang bertunang jangan dilepas, Kalau lepas mendapat malu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Duduk bermain di tepi kolam, Ada juga memasang lukah; Kita bertunang selama enam bulan, Lepas itu bolehlah menikah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Unang-unang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entahkan jadi entahkan tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ondang-ondang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entah jadi entahkan tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih berpinang tidak, Sirih ambik dari seberang; Sudah berkasih bertunang tidak,kasih/tunang Ada kekasih diambil orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Untuk apa membawa pedang, Supaya dapat jadi senjata; Untuk apa kita bertunang, Supaya cepat memadu cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak benalu melilit benang, Tiada lagi putat berbunga; Sejak kutahu aduk bertunang, Tiada lagi tempat bercanda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas