Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.kir]/[ber.u.kir] | براوکير

Definisi : 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.kir]/[ber.u.kir] | براوکير

Definisi : mempunyai hiasan yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menarah dll): kerusi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukir
Kata Terbitan : berukir, mengukir, terukir, ukiran, pengukir,

Puisi
 

Tiga puluh bintang di langit,
     Jatuh sebiji ke Laut Melaka;
Kapur berukir pinang berlirit,
     Sirih berlandung air mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu berukir naga; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit malu disindir mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tiga puluh bintang di langit, Jatuh sebiji ke Laut Melaka; Kapur berukir pinang berlirit, Sirih berlandung air mata.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buluh betung tumbuh ke danau, Tumbang disambar guruh petir; Sungguh beruntung orang berpanau, Badan bergambar berukir-ukir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas