Jika berulam buah pedada, Mari duduk di tikar mengkuang; Jika ilmu penuh di dada, Beri bantuan rela menyumbang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jika berulam daun pegaga, Konon khasiat berbagai-bagai; Jika tanah tidak dijaga, Helang datang membuat mahligai. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Makan nasi berulam bawang, Makan halia tiga hiris; Besar mana nak meminang orang, Air disiram haram tak tiris. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dayang ke kota berulam pauh, Sampan Mak Munah saya layarkan; Tidak peduli dikata jauh, Kalau setanah saya jalankan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang pelanduk tiga sekawan, Singgah berulam si buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apalah kena gigiku ngilu, Bawa berulam buah pelada; Apakah kena hatiku pilu? Bawa memandang wajah kakanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Balik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah mempelam di tepi kota, Dibawa budak dari seberang; Makan berulam si air mata, Mengenangkan untung dagang seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Lihatberembang di atas gunung, Tumbuh di bawah pokoknya jati; Lihatlah aku berulam jantung, Menunggu abang bersama mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |