Sayang betik buah berulat, Hendak dimakan baunya busuk; Kupandang adik bermuka bulat, Bagaikan pinggan menutup mangkuk | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berulat; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau berjaja ikan salai, Bila tak laku tentu berulat; Kalau bekerja suka berlalai, Bila tak malu tentu melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |