Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Adat berumah ada berpintu, Bila tidak tak dapat naik; Adat menyembah ada bertentu, Bila tidak dekatlah syirik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Saya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Aku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Aku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kalau takut dilanda pasang, Jangan berumah di tepi pantai; Kalau patut abang meminang, Berkering basah hambakan sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |