| Bagaimana kita hendak berunding, Orang berbantah setiap hari; Bagaimana hamba hendak disunting, Abanglah sudah beranak isteri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Elok hari bawa berunding, Jangan menunggu bala meletus; Eloklah hati menantu sumbing, Dengan menantu tertawa terus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Daripada duduk asyik berunding, Eloklah mencari makanan puyuh; Daripada menengiok adik bersanding, Eloklah pergi berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Jika tak kuat duduk berunding, Tentu terjadi peperangan besar; Jika tak dapat adik kusunting, Sampai mati kan abang kejar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Apabila menengok pending, Jangan cepat dijamah; Apabila duduk berunding, Jauhkan sifat pemarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau berdinding tidak berlantai, Apa gunanya kita bertanak; Kalau berunding tidak selesai, Apa gunanya bernenek mamak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau puting sama bertangkai, Tidakkan bercerai bergolek-golek; Kalau berunding sesama pandai, Gelak berderai timbal balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau sudah menebuk gading, Tebuk menjadi ukiran pekat; Kalau sudah duduk berunding, Elok dicari mata muafakat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Pasang naik merentang jaring, Kena ombak nampak kendurnya; Orang baik senang berunding, Kerana banyak tolak ansurnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |